KELEBIHAN AYAT-AYAT MANZIL
'AYAT-AYAT MANZIL' himpunan beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai shifa'(penawar dan obat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir. Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab "HAYATUS SAHABAH" (Jilid 3, halaman 374) yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah. Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi: Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan: Sewaktu bersama Rasulullah SAW, seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkata . "Ya Rasulullah SAW, saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit. "Penyakit apa?" bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila" jawab orang tersebut. Rasulullah SAW menyuruh orang itu membawa saudaranya, kemudian Baginda Saw membacakan ayat-ayat dan surah berikut:
Ayat 1-5 Al Baqarah
Ayat 102 Al Baqarah
Ayat 163-164 Al Baqarah
Ayat 255 Al Baqarah (Ayatul Kursi)
Ayat 285-286 Al Baqarah
Ayat 18-19 Ali Imran
Ayat 54-56 Al 'Araaf
Ayat 117-122 Al 'Araaf
Ayat 81-82 Surah Yunus
Ayat 69 surah Taahaa
Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
Ayat 33-36 surah Ar Rahman
Ayat 21-24 surah Al Hasyr
Ayat 1-9 surah Jinn
Surah Al Ikhlas
Surah Al Falaq
Surah An Naas
Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ, Penyakit yang dideritainya hilang.
----
Menyentuh mengenai fadhilat Manzil ini, ia mempunyai banyak kebaikan dan terbukti pada mereka yang mengamalkannya. Dari pengalaman ramai orang yang mengamalkannya, Manzil ini sangat mustajab untuk menyembuhkan penyakit jasmani dan rohani, khususnya yang ada kaitan dengan sihir dan jin.
Bisa dengan cara pesakit itu sendiri membaca ayat-ayat tersebut ataupun orang lain membacakannya dan menghembuskan ke atas segelas air atau seember air kemudian air itu diminum atau dimandikan pada pesakit.
CARA MENGAMALKAN:
1. Dibaca selepas Solat Subuh dan kalau tak sempat bacalah bila-bila masa sebelum matahari tegak di atas kepala.
2. Dibaca pada waktu petang hari selepas asar atau selepas Solat Maghrib atau kalau tak sempat bacalah selepas Solat Isya sebelum tidur.
3. Kalau benar-benar tak sempat karena tak cukup masa. Bacalah sekali sehari saja kapanpun ada waktu terluang. Seperti dibaca setiap malam, namun kalau dapat diamalkan pagi dan petang maka ia lebih baik dan berkesan.
4. Sebaik-baiknya ia dibaca dalam keadaan berwuduk dan menghadap ke arah Kiblat. Kalau tidak sempat boleh dibaca sambil melakukan sesuatu kerja dan sebaik-baiknya juga dalam keadaan berwuduk.
SEMOGA DAPAT DIJADIKAN SEBAGAI AMALAN HARIAN DAN DISAMPAIKAN PADA YANG LAIN JUGA..
SEMOGA DAPAT DIJADIKAN SEBAGAI AMALAN HARIAN DAN DISAMPAIKAN PADA YANG LAIN JUGA..
Wallahu a'lam..