Mengalami masalah obesiti , Syarifah Atiqah Syed Ali sudah lali dengan ejekan mengenai saiz badannya. Namun dia sendiri sedar, berat badannya harus dikurangkan jka tidak mahu menghadapi masalah kesihatan kelak.

Berat badan yang mencecah 88 kilogram mesti dikurangkan kerana ia tidak sesuai dengan usianya yang baru menginjak 25 tahun.

"Dulu saya banyak makan nasi. Malah saya wajib makan nasi berlauk untuk sarapan pagi. Tambahan pula makanan boleh dibeli di mana-mana sepanjang hari dan harga pun murah.

"Disebabkan tidak mengawal pemakanan, berat badan saya semakin meningkat. Akhirnya, saya cepat penat dan tidak dapat memakai baju yang saya idamkan ," ujarnya ketika ditemui di majlis meraikan pelanggan anjuran An Nabaat baru-baru ini.

Atas nasihat keluarga, Atiqah mengurangkan pengambilan karbohidrat serta lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bagi mengimbangi jadual dietnya, Atiqah turut mengambil suplemen An Nabaat, herba susut-perut.

Herba ini membantu sistem dalam tubuh Atiqah untuk melawas dengan baik.

Diet selepas lebih setahun mengamalkan diet, kini hidup Atiqah mula berubah sepenuhnya.

Dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram dan ini meningkatkan keyakinan dirinya.

"Kini berat badan saya 70 kilogram. Apa yang melucukan, tabiat lama sewaktu gemuk masih terbawa-bawa kerana saya terlupa bahawa tubuh saya sudah tidak seperti dulu.

"Bayangkan dahulu hendak duduk menyilang kaki cukup susah malah jika mengikat tali kasut, saya perlu meletakkan kaki atas tempat yang lebih tinggi. Waktu itu saya tidak mampu menundukkan badan atau berlutut kerana terlalu gemuk. Lebih menyedihkan dulu, saya tidak dapat membeli baju yang saya suka,'' ujarnya.

Dia kini perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan saiz tubuh barunya malah lebih gembira kerana semakin senang memilih baju dan memakainya tanpa rasa malu. Tidak seperti masa dia perlu menyarung baju atau seluar bersaiz XXL sebelum ini.

"Saya masih boleh minuman kegemaran dengan syarat mengurangkan gula dan mencuba pelbagai jenis sup," katanya sambil tersenyum.

GembiraSeronok dengan perkembangan dirinya, Atiqah sedia berkongsi cara dia mengurangkan berat badan atau lebih tepat, mengatasi masalah obesiti.

Pertamanya, tekan Atiqah adalah kesungguhan kerana ia menuntut pengorbanan yang tinggi, perlu berusaha bukan sekadar memasang angan-angan.

"Sebenarnya, faktor utama yang mampu menyumbang ke arah penurunan berat badan adalah kombinasi amalan pemakanan dan cara hidup sihat yang perlu diseimbangkan dengan aktiviti kecerdasan.

"Jangan memilih jalan singkat seperti pengambilan pil kurus atau pembedahan sedut lemak yang memang ketara hasilnya dalam jangka pendek kerana ia terbukti bukan cara selamat untuk kurus .

"Sebaliknya, berusahalah untuk kurus dengan nasihat pakar atau hospital selain mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat dan bersenam. Itu cara paling ideal yang tidak boleh dinafikan," tambahnya.

Bagi Atiqah, paling tidak seseorang itu perlu bersenam setiap hari walaupun ia hanya satu pergerakan ringkas kerana dengan cara itu, mereka dapat mendidik diri menjadi individu yang cergas.

Pengalaman lalu banyak memberi pengajaran buatnya agar mengawal pemakanan dan memperbanyakkan pergerakan fizikal.

Atiqah bersyukur kerana kesedaran awal membolehkannya mengatasi obesiti yang menjadi punca pelbagai penyakit lain.

Sumber: Utusan.com.my

Artikel ini telah disiarkan di Akhbar Mingguan Malaysia, pada Ahad 6/1/2013 


Bagi anda yang mempunyai masalah kesehatan, anda boleh terus konsultasikan masalah kesehatan anda kepada: Dr. Nurmawati  +6019-3917945

Ahad, 13 November 2011 (Koran: Mingguan Malaysia) Pengasas Herbal An-Naabat, Dr. Nurmawati Syakroni menyifatkan setiap herbal memiliki keistimewaan tersendiri.

"Di peringkat Sarjana Muda saya belajar dalam bidang farmasi di Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta (UGM) dan banyak mempelajari jenis-jenis ubat sintetik dan fungsinya.

"Ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan peringkat Doktor Falsafah (ph.d) di Universiti Putra Malaysia (UPM), saya telah merubah haluan dengan membuat penilitian dalam bidang herbal sebagai obat-obatan alternatif.

"Kebetulan, saya sekeluarga juga jarang mengambil obat sintetik dari klinik, tetapi menggunakan dan menghasilkan sendiri obat daripada herbal.

"Tahun demi tahun, saya telah menghasilkan berbagai ramuan herbal untuk merawat berbagai penyakit. Semuanya terjadi secara tidak langsung apabila teman-teman di kampus menceritakan masalah kesehatan yang mereka hadapi.

"Dari situ, saya mendapat idea untuk menghasilkan herbal bagi merawat penyakit yang saya ramu dengan teliti berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah saya dapatkan selama ini," ujarnya yang kini bertugas sebagai penyelidik di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM Serdang.

Mengulas lanjut tentang pengalamannya bersama testimoni herbal ramuannya, Dr. Nurmawati pernah membantu seorang kakitangan makmal di UPM. Pada awalnya, beliau melihat wanita itu seperti letih dan tidak bermaya.

"Apabila saya bertanya pada wanita tersebut, ternyata dia menderita penyakit tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi. Kemudian saya coba membantu untuk menghasilkan ramuan herbal untuk merawat penyakit-penyakit tersebut. Dalam proses menyediakan setiap ramuan selalu saya sertai dengan sholat hajat agar diberi manfaat tanpa ada mudarat.

Selepas tiga minggu wanita itu menggunakan ramuan yang saya sediakan, dokter yang memeriksa menyatakan bahawa wanita tersebut kini bebas kolestrol dan tekanan darah tinggi.

Berawal dengan ramuan Herbal Turun Kolestrol itulah, makin ramai yang mulai mengenali saya dan menceritakan masalah kesehatan mereka. Kini saya sudah menghasilkan 77 ramuan herba dengan nama Herbal An-Nabaat," jelasnya ketika ditemui di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

Meskipun pengenalan Herbal An-Nabaat hanya dari 'mulut ke mulut' dan sesekali menyertai ekspo di beberapa tempat, namun sambutannya sangat menggalakkan termasuk dari Perusahaan Sakmoto, Jepang.

Menurut wakil Sakmoto di Malaysia, Mohd Dali Abdullah, selepas tsunami melanda Jepang dan alam sekitar mereka tercemar dengan radiasi radio aktif, permintaan terhadap obat-obat herbal dari luar Jepang terutamanya Malaysia semakin meningkat.

"Selepas mencoba beberapa produk Herbal An-Naabat dan melakukan perbincangan, pihak Sakmoto di Jepang berminat mengadakan usaha sama bagi memasarkan herbal tersebut di sana. Pada tahun hadapan, pihak perusahaan kami akan membawa Dr. Nurmawati ke Jepang untuk meneruskan penyelidikan dan mengkomersialkan Herbal An-Naabat di Jepang. Tahun ini, Sakmoto telah memesan minyak kelapa dara dan minyak herbal," ujar Mohd Dali.

Ujarnya lagi, pihak Sakmoto telah berbincang dengan Profesor Dr. Rozita Rosli bagi pihak Institut Bio Sains (IBS), UPM, untuk menjadikan IBS sebagai Pusat Penyelidikan Herba di Asia. Hasil penyelidikan tersebut akan turut dikomersial ke Jepang dan Korea Selatan.

Kesemua ramuan herbal tersebut diperoleh daripada bahan-bahan dari alam seperti akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Malaysia.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Sumber: utusan.com.my


Alhamdulillah untuk kedua kalinya pada tanggal 16,17 dan 18 Desember 2010 yang lalu, Herbal An-Nabaat telah berada di Pekanbaru, Riau, Indonesia, iaitu tepatnya di Universitas Islam Riau, bertujuan bagi memperkenalkan produk Herbal An-Nabaat pada masyarakat di sana. Alhamdulillah kami mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, disamping itu kami amat berterima kasih kerana kunjungan kami ini juga mendapat liputan dari stasiun televisi setempat. Mudah-mudahan kunjungan kami ke Pekanbaru kali ini dapat menjadi permulaan yang baik bagi kami memperkenalkan Herba An-Nabaat di Indonesia.

ALAMAT KAMI DI INDONESIA:

RUMAH SEHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI Apt. Ph.D)
Jln. Garuda Sakti Km. 7.5
Masuk Jln. Kijang Putih. Gg. Herbal
Desa Karya Indah. Kec Tapung
Kab. Kampar. 28464 Riau

Lihat google map:
https://goo.gl/maps/ziRqfo6cVQA2

As'ad Tambusai
0813-72175729 (call/sms/whatsapp)
E-mail: annabaatriau@hotmail.com




SETIAP orang mungkin pernah merasa gatal-gatal, dan terpaksa menggaruk bahagian tubuh yang gatal itu. Tetapi pernahkah anda terasa gatal sehingga terpaksa menggaruk seluruh badan? Lebih perit lagi jika bahagian yang digaru itu mengelupas.

Keadaan inilah yang dialami oleh Hafizal Idris, 26, selama enam tahun.

Ketika baru menginjak dewasa, sakit kulit yang dialami mengubah hidupnya.

Dia tidak boleh aktif seperti anak muda lain sebaliknya terpaksa mengurung diri di rumah.

Akibat penyakit kronik itu, kulit Hafizal bersisik kemerah-merahan, rambut gugur dan berat badan menyusut.

"Saya terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kedai karena penyakit saya semakin kronis. Tidak mungkin saya keluar dengan keadaan seperti ini," keluh anak sulung daripada empat beradik ini.

Setiap hari ibunya, Faridah Bakar, 50, akan mengoleskan obat ke seluruh badan manakala bapaknya, Idris Sidik, 52, mencari rezeki tambahan untuk menampung biaya pengobatannya.

Syukurlah, penderitaan Hafizal akhirnya mendapat perhatian seorang usahawan herbal, Dr. Nurmawati Syakroni yang menghulurkan rawatan secara gratis.

Setelah hampir sebulan rawatan diberikan, penyakitnya pulih dan Hafizal mampu bekerja seperti biasa.

Dr. Nurmawati tertarik untuk membantu Hafizal selepas membaca kisahnya yang terbit di dalam koran pada Januari lalu.
Keratan koran tentang penyakit Hafizal
"Saya kemudian menghubungi Pak Idris melalui telefon dan mengirimkan Minyak Kelapa Dara, Herbal Rawat Alahan dan Herbal Rawat Kuman/Virus untuk mengobati penyakit tersebut. Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan dari Pak Idris beberapa kali yang memberitahu keadaan Hafizal semakin baik," ceritanya yang kemudian mengunjungi pemuda itu di Kampung Pokok Setol, Mukim Siong, Baling, Kedah.

Surat Kabar Utusan Malaysia pada 31 Januari lalu melaporkan Hafizal menderita akibat penyakit kulit yang dihidapinya dan semakin parah sejak dua bulan lalu apabila keseluruhan badannya mengelupas.

"Sewaktu Hafizal mendapat rawatan di Rumah Sakit Baling, memang terdapat perubahan, tetapi ia tidak lama karena keadaannya kembali seperti awalnya.

"Selepas kisah Hafizal disiarkan di surat kabar, ramai yang menghulurkan bantuan keuangan dan obat-obatan. Kemudian kami sekeluarga memberanikan diri mencoba obat yang diberikan Dr. Nurmawati. Alhamdulillah, hasilnya baik," katanya.

Tambah Idris, selepas mencoba produk herbal tersebut selama 10 hari, terdapat perubahan pada kulit Hafizal. Kini tiada lagi sisik dan tanda merah.

"Lebih membahagiakan kami sekeluarga, Hafizal semakin yakin dan dapat bekerja kembali," katanya sambil berterima kasih kepada Koordinator Parlemen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Dr. Nurmawati dan orang ramai yang selama ini banyak membantu.

Idris dan keluarga sentiasa memberi dukungan moral kepada Hafizal agar dia putus asa dan terus tabah meneruskan kehidupannya.

"Saya bersyukur karena Hafizal tidak pernah mengeluh dan reda dengan ketentuanNya.

"Kesabarannya ternyata tidak sia-sia karena sekarang dia semakin pulih dan bersemangat," katanya menutup bicara.

* Terima kasih An-Nabaat Sdn. Bhd, Bandar Baru Bangi, Selangor. Herbal An-Nabaat bakal dipasarkan oleh MK1, Sakamoto di Jepun. (Dali: +6019-4504905)

Sumber: utusan.com.my

Artikel ini telah diterbitkan oleh: Mingguan Malaysia, Minggu 25/3/2012


Sudah lebih 2 tahun saya menderita penyakit kulit yang bernama psoriasis ini, saya pernah menggunakan ubat (sapu dan pil) yang diberikan doktor dari klinik kerajaan, namun ia hanya mengawal tetapi masih tidak dapat menyembuhkan penyakit saya. Selain itu pelbagai alternatif lainnya yang telah saya cuba, seperti memilih sabun yang sesuai, menggunakan sabun berubat, berpantang dalam makan dan kerap mandi, namun ia tetap juga tidak sembuh.

Alhamdulillah 3 Ogos 2012 saya pun mencuba ubat keluaran An-Nabaat iaitu herba rawat kuman/virus, herba rawat alahan, minyak kelapa dara, dan minyak herba.

Pada hari ke-10 mengambil ubat ini penyakit Psoriasis keluar dengan banyaknya dari badan saya dan terasa sangat gatal. Sebelum itu Dr. Nurmawati ada berpesan: Ubat ini akan mencuci & mengeluarkan habis kotoran dalam darah penyebab pada penyakit ini. Jika kuman/virus itu banyak di dalam darah, selepas makan ubat ini ia akan melawan dan keluar dengan lebih banyak, sekiranya ia keluar, bersabar dan biarkanlah dia keluar semua, selepas itu insyaAllah dia akan sehat.

Kini setelah hampir sebulan mengambil ubat ini gatal-gatal badan saya sembuh, kering dan tidak naik lagi. Yang tinggal hanya tompok-tompok berwarna cokelat gelap bekas dari gatal-gatal tersebut yang insyaAllah juga boleh dihilangkan.


Nur,
Kuala Lumpur


"Apakah anda punya masalah kesehatan? seperti kanker, kista, asam urat, diabetes, darah tinggi atau masalah kesehatan yang lain? Sementara anda juga sudah puas berobat ke Dokter/Rumah Sakit?"

"Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, ramai yang telah berhasil sembuh dan dapat tertolong.. bagaimana pula dengan anda?"

Untuk pertanyaan tentang Herbal An-Nabaat
Hubungi wakil kami di Riau, Indonesia:

AS'AD TAMBUSAI
0813-72175729 (call/sms/whatsapp)
E-mail: annabaatriau@hotmail.com

Atau buat temujanji
dan datang ke alamat kami:

RUMAH SEHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI Apt. Ph.D)
Jln. Garuda Sakti Km. 7.5
Masuk Jln. Kijang Putih. Gg. Herbal.
Desa Karya Indah. Kec Tapung
Kab. Kampar. 28464 Riau

Lihat google map:
https://goo.gl/maps/ziRqfo6cVQA2

WAKTU OPERASI
:
Setiap Hari : Senin -Minggu
8.00 - 18.00 (WIB)

Di Malaysia:

RUMAH SEHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI APT. PH.D)
Lot 2445-F, Jenderam Hilir Bt 26 Bt 30 Jln Kajang Dengkil
43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan

Malaysia

Tel : +6019-3917945

Blog: www.an-nabaat.blogspot.com (Malaysia)



Hubungi Kami

"Apakah anda punya masalah kesehatan? seperti kanker, kista, asam urat, diabetes, darah tinggi atau masalah kesehatan yang lain? Sementara anda juga sudah puas berobat ke Dokter/Rumah Sakit?"

"Di sini kami ingin membantu anda. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, ramai yang telah berhasil sembuh.. Bagaimana pula dengan anda?

Untuk pertanyaan atau konsultasi kesihatan,
hubungi pakar kami:

Dr. Nurmawati bt. Syakroni Apt. Ph.D
Pharmacist (UGM, Yogyakarta)
Microbiologist (UKM)
Moleculer Biologist (UPM)
+6019-3917945 (call/sms/whatsapp)

Atau hubungi wakil kami di Riau, Indonesia:

AS'AD TAMBUSAI
0813-72175729 (call/sms/whatsapp)
E-mail: annabaatriau@gmail.com

Atau buat temujanji
dan datang ke alamat kami:

RUMAH SEHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI Apt. Ph.D)

Jln. Garuda Sakti Km. 7.5
Masuk Jln. Kijang Putih. Gg. Herbal
Desa Karya Indah. Kec Tapung
Kab. Kampar. 28464 Riau
Indonesia

Lihat google map:
https://goo.gl/maps/Rbzs39TPzau

WAKTU OPERASI:
Setiap Hari: Senin - Ahad
8.00 - 18.00 (WIB)

Video Herbal An-Nabaat