Seorang warga emas berusia 65 tahun telah dirujuk ke sebuah hospital kerajaan di Ampang, Selangor kerana tapak kakinya luka terkena kayu menyebabkan dua jarinya lebam.

Wanita berkenaan menghidap diabetes sejak enam tahun lalu dan mendapatkan rawatan di klinik swasta berhampiran tempat tinggalnya.

Tiba di bahagian kecemasan hospital berkenaan, wanita berkenaan di x-ray dan disaran untuk diamputasi jari kaki kedua dan ketiga serta-merta.

Dua hari selepas amputasi, dia dibenarkan keluar dari wad walaupun masih lemah dan muntah mungkin akibat tindak balas ubat.

Empat hari selepas itu, warga emas itu demam dan muntah mungkin akibat jangkitan kuman, dia dimasukkan semula ke wad.

Pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi membuang jangkitan pada luka berkenaan dan selepas itu doktor menyarankan dilkukan amputasi bawah lutut walaupun kakinya masih elok.

Tidak setuju dengan saranan doktor, wanita itu minta dikeluarkan dari wad hospital bagi merawat lukanya sendiri.

Dalam masa empat bulan, lukanya semakin sembuh, malang kakinya bisul menyebabkan bengkak dan kali ini dibawa ke klinik swasta yang mempunyai pakar vaskular.

Selepas diperiksa, pakar vaskular mendapati sistem peredaran darah wanita ini tidak menghadapi sebarang masalah dan tidak perlu dilakukan amputasi bawah lutut seperti disaran dan hanya perlu dilakukan pembedahan kecil bagi bisul untuk mengelakkan jangkitan kuman merebak.

Pakar vaskular itu merujuk kes itu ke hospital kerajaan tempat wanita berkenaan diamputasi jarinya, dengan surat rujukan supaya hanya sebahagian kecil kaki dibedah. Bagaimanapun saranannya tidak diterima dan pakar ortopedik tetap berkeras dengan amputasi bawah lutut.

Tidak setuju dengan saranan pakar ortopedik, warga emas berkenaan meminta untuk keluar dari hospital.

Menurut pakar runding dan bedah vaskular, Hospital Pakar Damansara, Dr. Ho Teik Kok, komplikasi kaki diabetes amat berkaitan dengan bidang vaskular.

Bidang vaskular hampir sama dengan kardiovaskular cuma bezanya kardiovaskular berkaitan dengan jantung manakala vaskular berkaitan dengan arteri dan vena dalam sistem pembuluh darah kecuali jantung dan otak.

"Sistem kardiovaskular diambil daripada perkataan kardio iaitu jantung dan vaskular pula bermaksud sistem atau rangkaian saluran darah.

"Penyakit sistem berkenaan dinamakan penyakit kardiovaskular," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Arterosklerosis adalah punca paling biasa yang menyebabkan arteri atau salur darah mengeras dan sempit akibat pembentukan plak.

Ini menyebabkan saluran darah tersumbat dan darah gagal sampai ke organ-organ yang memerlukan terutama kaki yang jauh daripada jantung dan mempunyai salur darah halus di hujung jari.

"Ini biasanya berlaku kepada pesakit diabetes mellitus, darah tinggi, kolesterol dan penghisap rokok tegar," katanya.

Arterosklerosis boleh berlaku dalam arteri di jantung (koronari), otak (karotid), abdomen atau perut (aorta), kaki dan arteri di bahagian lain badan.

AAA biasanya disebabkan oleh genetik, kolesterol tinggi, darah tinggi, diabetes, merokok atau tisu kognitif yang lemah sering berlaku kepada lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.

Pembedahan biasanya akan dilakukan jika aorta membesar melebihi 5.5 sentimeter. Biasanya pembedahan terbuka dari dada ke perut dan mengambil masa untuk sembuh.

"Tetapi kini hanya pembedahan kecil menggunakan X-ray bagi memasukkan graf ke tempatnya," katanya.

Bagaimanapun bukan semua pesakit sesuai menjalani EVAR dan mereka perlu mendapat nasihat doktor pakar.

Masalah tangan, kaki atau ketiak berpeluh berlebihan juga boleh diatasi oleh pakar vaskular.

"Suntikan botoks diberikan pada tapak tangan atau kaki yang berpeluh.

"Bagi ketiak pula, pembedahan kecil dilakukan bagi mengeluarkan kelenjar peluh.

"Mereka juga boleh menggunakan mesin iontophoresis sebanyak tiga atau empat kali rawatan sehingga peluh kering," katanya.

Rawatan Mini Strok
Selain itu pakar vaskular juga boleh merawat mini strok daripada menjadi strok.

"Biasanya sebelum terjadi strok, pesakit akan mendapat amaran awal seperti sebelah badan lemah atau muka herot.

"Tetapi keadaan itu boleh pulih dalam masa beberapa jam. Ini dinamakan mini strok," kata Dr. Ho.

Keadaan ini penting sebagai amaran awal sebelum pesakit mendapat strok penuh yang boleh diatasi dengan rawatan awal.

"Bahagian leher pesakit akan diimbas bagi melihat arteri utama yang menyalurkan darah ke otak," katanya

Arteri sempit yang disebabkan oleh timbunan plak kolestrol akan dibedah bagi mengurangkan pesakit mendapat risiko strok kekal.

Dr. Ho berkata, pakar vaskular juga mengatasi masalah anurisme abdominal aortic (AAA) di mana saluran darah paling besar (aorta) di perut mengembang.

"Jika tidak dirawat, aorta yang mengembang boleh pecah dan menyebabkan kematian.

"Biasanya pesakit akan mengadu sakit perut dan sakit belakang."

Peripheral Arterial Disease
Kaki diabetes biasanya dikaitkan dengan Peripheral Arterial Disease di mana aliran darah ke kaki tersumbat kerana plak atau timbunan arterisklerosis.

Biasanya pesakit menderita akibat kesakitan di otot kaki semasa berjalan dan lega selepas berehat.

Keadaan bertambah teruk apabila kaki terluka dan sukar untuk sembuh disebabkan darah tidak sampai ke kawasan yang luka dan kadang kala menyebabkan gangren.

Bagaimanapun jelas Dr. Ho, keadaan kaki diabetes boleh diperbaiki jika mendapat rawatan awal dan tidak memerlukan amputasi.

"Pesakit dinasihatkan memeriksa sistem peredaran darah di kaki dengan menjalani CT Angiogram.

"Jika terdapat masalah dalam sistem peredaran darah, pesakit boleh rujuk kepada pakar vaskular untuk rawatan angiogplasti dan bypass pada urat kaki sama seperti di jantung," katanya.

Apabila sistem peredaran darah telah diperbetulkan, luka pada kaki pesakit diabetes akan cepat sembuh.

"Jadi amputasi adalah jalan paling akhir bagi pesakit diabetes yang mempunyai masalah berkaitan kaki," katanya.

Selain kaki diabetes, Varicose Veins atau vena verikos iaitu masalah pembuluh darah yang bengkak, berpintal, menyakitkan, pengaliran darah yang kurang normal dan timbul di permukaan kulit boleh diatasi oleh pakar vaskular.

Dr. Ho berkata, walaupun vena verikos tidak begitu berbahaya tetapi ia berisiko menyebabkan pendarahan jika terluka atau pecah.

"Ini disebabkan oleh injap yang rosak dan kawasan di betis dan peha akan berubah warna biru seperti lebam," katanya.

Biasanya vena verikos akan menyebabkan keadaan tidak selesa, gatal, kulit kering, ulcer atau luka.

"Keadaan ini boleh dirawat dengan radiofrekuensi atau laser dalam masa yang singkat dan pesakit boleh balik ke rumah pada hari yang sama," katanya.


Dr. Ho Teik Kok



Assalamu'alaikum,

Saya merupakan salah seorang penderita kista yang mengamalkan perubatan an-nabaat. Saya hanya mendapat tahu terdapat kista didalam perut setelah mengalami sakit-sakit di bahagian perut. Lalu saya membuat pemeriksaan di klinik sekitar Putrajaya dan dokter menyarankan supaya saya merujuk ke rumah sakit untuk dibedah.

Saya menceritakan masalah ini kepada seorang kawan sepejabat. Beliau menyarankan saya untuk cuba mengamalkan perubataan An-Nabaat kerana menurutnya, kakaknya yang pernah mengalami Breast Cancer, telah sembuh sepenuhnya setelah mengamalkan perubatan tersebut. Saya terus menghubungi Dr. Nurmawati untuk berjumpa dengan beliau mengenai masalah yang saya hadapi dan telah diberi dua set obat kista iaitu, Herba Rawat Kista 1, Herba Rawat Kista 2 dan Minyak Kelapa Dara (VCO).

Setelah cuba menghabiskan satu set ubat tersebut, saya kembali ke klinik tersebut dan membuat pemeriksaan. Doktor telah mendapati tiada lagi cyst yang terdapat di dalam perut saya. Allhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah sembuh dan tidak lagi risau untuk menghadapi pembedahan.

Sesungguhnya, perubatan Islam adalah salah satu inisiatif yang paling berkesan untuk menyembuhkan pesakit dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang diamalkan dan sesungguhnya segalanya adalah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Terima kasih An-Nabaat.
Yang Benar,

Syaza Syuhada bt. Zualkpli
miz.syaza@gmail.com
Putrajaya.

Assalamualaikum, nama saya Nurrul Ain bt Mohamed, saya berumur 24 tahun dan sudah berumahtangga, mempunyai seorang cahaya mata berumur 2 tahun 5 bulan, saya mempunyai sebuah syarikat swasta menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan hospital yang bertempat di Hospital Angkatan Tentera 96 di Lumut, Perak.

Pada awal tahun Januari 2013 saya mengalami demam yang biasa dan saya merasa kan gatal di sekitar tangan kiri, kemudian saya pun berjumpa dokter dan megesahkan saya mendapat demam campak, tapi setelah 2 minggu bintik-bintik yang pada awal nampak seperti demam campak ini dah bertukar dan merebak ke seluruh badan dengan teruk seperti gambar yang telah saya paparkan ini:
                

Beginilah keadaan saya seawal 2 minggu pertama, kemudian suami mengajak saya berjumpa dokter pakar kulit dan saya pun pergi berjumpa dokter dan beliau mengesahkan saya menghidap penyakit Psoriasis, iaitu sejenis penyakit kulit yang tiada ubat penyembuhnya dan hanya boleh dikawal melalui pemakanan ubat yang beterusan dan pemakaian losyen khas.

Masa dapat tahu tu saya rasa sangat sedih, dalam masa yang sama ada juga rasa kecewa, malu pada suami, tapi suami sayalah yang banyak memberi semangat dan sokongan. Sejak awal Januari hingga bulan April saya makan ubat dokter pakar, dalam masa yang sama saya berusaha cari dan mencari di dalam internet apa punca penyakit ini dan mencari alternatif lain untuk menyembuhkan penyakit ni. Saya percaya “Setiap penyakit yang diturunkan Allah swt di muka bumi ini pasti ada penawarnya” Cuma kita kena usaha, percaya dan redha dengan ujianNya.

Pada bulan Mei saya terjumpa satu produk herba bernama An-Nabaat dan terbaca sedikit tentang penawar bagi penyakit psoriasis ni. Saya cuba berhubung dengan anak pengasasnya iaitu anak kepada Dr. Nurmawati, saya tanyakan tentang herba ni dan mula mencuba Herba Rawat Alahan dan Herba Rawat Kuman/Virus.

Selepas hampir 3 bulan menggunakan herba ni, nampak ada sedikit perubahan pada penyakit kulit saya. Namun ketika hampir genap 3 bulan menggunakan herba ni, semua penyakit psoriasis saya keluar dengan banyaknya, hinggakan saya rasa putus asa. Tapi setiap solat saya berdoa agar Allah SWT berikan saya jalan untuk mencari penawar penyakit ni, tapi hati saya masih nak teruskan herba ni.

Dengan izin Allah SWT lepas seminggu keadaan saya yang teruk itu kembali membaik dan semakin pulih. Penyakit psoriasis saya menjadi kering dan makin kering. Saya mula mengurangkan dos yang saya makan. Hinggalah saat tiba bulan puasa dan hari raya, penyakit psoriasis ni tak timbul lagi dan saya rasa sangat-sangat bersyukur. Saya terus menelefon Dr. Nurmawati dan memberi tahu berita baik ini. Sekarang saya masih meneruskan makan pil herba ni, tapi dalam kuantiti sehari hanya 1 pil sahaja saya ambil. Lepas pulih saya buat majlis kesyukuran di atas kesembuhan yang Allah SWT beri. Sekarang saya sihat seperti dulu, Sangat bersyukur saya cepat dapat mengatasi masalah penyakit ni dan tak putus-putus berusaha, alhamdulilah selama 9 bulan saya merawat penyakit ni dan akhirnya sembuh dengan berkat usaha, kesabaran dan berdoa setiap hari selepas selesai solat fardu.

Akhir kata dari saya, sebagai seorang Islam kita harus percaya pada janji Allah SWT, dan kita sebagai hambanya haruslah berusaha dan tawakal untuk mencari penawar tak kira penyakit atau masalah apa pun yang kita hadapi. Mungkin herba An-Nabaat ni adalah penawar untuk penyakit saya ini dan saya amat berterima kasih kepada Dr Nurmawati dan anak beliau kerana menghasilkan herba yang sangat berkhasiat. Wassalam.


Nurrul Ain bt Mohamed
aein_a@yahoo.com





Januari 30, 2013 at 6:55 am

Puteri teja menulis:
Assalamu'alaikum semua. Saya dinyatakan mengidap penyakit psoriasis arthritis pada akhir tahun 2008 ketika usia saya 27 tahun dan anak sulung saya berusia 8 bulan. Sakit ini menyebabkan sendi-sendi saya membengkak dan membengkok. Sakitnya tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Saya juga mengalami masalah kulit (psoriasis). Saya tidak boleh melakukan kerja rumah dengan baik. Malah untuk mengetik di komputer pun mengambil masa. Saya bagai hilang arah, untunglah ada suami dan keluarga yang memberi dorongan semangat. Suami mencarikan saya spesialis di sebuah rumah sakit swasta. 4 tahun berulang-alik mendapatkan rawatan, saya diberi obat penahan sakit, mtx (obat merawat kanker) dan beberapa obat lagi. Obat-obat ini hanya untuk mengurangkan gejala pembengkokan saja dan bukan untuk menyembuhkan. Setiap bulan perawatan susulan diadakan, namun penyakit ini masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh. Setiap hari saya hanya bergantung kepada obat penahan sakit. Banyak kajian yang saya lakukan di internet mengenai penyakit ini.

Dan pada bulan 10/2012 yang lalu saya telah terjumpa web site ini: http://an-nabaat.blogspot.com, lalu saya telefon pengasasnya Dr. Nurmawati Syakroni (Dosen di UPM yang mengkaji tentang pengobatan herbal). Saya nekad mahu mencoba obat arthritis formula Dr. Ini (bukan multilevel marketing). Teringat akan janji Allah SWT tiada penyakit yang tiada obatnya kecuali mati. Setelah habis 2 botol obat herbal tersebut, sakit saya beransur pulih dan alhamdulillah saya sudah pun berhenti dari mengambil obat ini karena saya merancang untuk menambah zuriat (anak saya sudah berusia 5 tahun) dan alhamdulillah sakit arthritis saya sembuh dan kini saya telah dinyatakan hamil 6 minggu. Segala yang baik itu datang dari Allah SWT. Allah yang menyembuhkan dan memberi jalan. Obat herbal ini adalah penyebab sahaja. Saya tidak mengatakan Obat dari rumah sakit dan pengobatan modern adalah tidak baik, saya hanya ingin berbagi apa yang saya alami dan saya rasa ini dapat membantu orang lain yang senasib dengan saya.

Sebuah komentar di dalam: https://drezairy.com


Wortel selama ini dikenal baik bagi kesehatan mata. Namun ternyata, sayuran ini memiliki manfaat yang lebih banyak, salah satunya meningkatkan kesuburan pria.

Para peneliti melakukan analisis terhadap efek dari buah-buahan dan sayur-sayuran terhadap kesehatan sperma. Ternyata hasil menunjukkan, wortel-lah yang memiliki efek paling baik.

Menurut studi tersebut, wortel dapat memberikan efek "mortalitas" yang paling kuat terhadap sperma. Mortalitas merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan kemampuan sperma untuk berenang menuju sel telur.

Studi yang dipublikasi dalam jurnal Fertility and Sterility melibatkan hampir 200 pria muda yang mengikuti diet variasi buah dan sayuran. Peserta kemudian melakukan pemeriksaan sperma untuk mengetahui efek diet yang mereka lakukan.


Para peneliti menemukan, makanan yang berwarna kuning dan oranyelah yang memiliki efek terbaik untuk memperkuat sperma. Efek ini, menurut mereka, adalah hasil dari pigmen yang disebut dengan karotenoid yang diubah tubuh menjadi antioksidan. Efek tersebut juga dipengaruhi oleh beta-karoten, yang kemudian oleh tubuh diubah menjadi antioksidan vitamin A. Antioksidan merupakan senyawa yang berfungsi membantu menetralkan radikal bebas, kelompok atom yang dapat mudah berikatan dengan sel tubuh sehingga mempercepat penuaannya.

Menurut studi tersebut, ubi dan melon dapat meningkatkan kualitas dan kuantitas sperma. Namun, wortel juga dapat meningkatkan performa sperma antara 6,5 dan 8 persennya.

Sementara itu, buah dan sayuran berwarna merah, khususnya tomat, mengandung senyawa antikanker likopen. Senyawa tersebut memiliki kaitan dengan penurunan jumlah sperma cacat antara 8 dan 10 persen.

"Pada pria muda sehat, konsumsi karotenoid dikaitkan dengan sperma yang lebih mortal. Sementara itu, konsumsi likopen memperbaiki bentuknya," ujar para peneliti.

Studi sebelumnya dari Harvard menunjukkan, pria yang mengonsumsi makanan berlemak jenuh paling banyak memiliki jumlah sperma yang rendah dengan kualitas yang buruk pula. Sementara itu, pria yang banyak makan lemak "baik", termasuk asam lemak omega-3, memiliki kualitas sperma yang lebih baik daripada mereka yang tidak.

Sumber: kompas.com


Alhamdulillah, pada 29 sampai 31/3/2013 yang lalu, Darusysyifa’ Warrafahah Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengundang Dr. Nurmawati Syakroni dan memberikan beliau peluang untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang ada di dalam sebuah program kursus: “HERBAL SERTA PENYEDIAANNYA.

Kursus ini dijalankan selama 3 hari. Alhamdulillah telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para peserta, sangat bersemangat dan berminat terhadap pengobatan herbal. Program ini merupakan program pengenalan (yang pertama) dan insyaallah, akan ada kursus lanjutan selepas ini.

Kami juga sangat berharap, semoga pada masa akan datang akan ada ramai lagi dari persatuan-persatuan atau organisasi-organisasi  masyarakat ataupun dari perseorangan yang tertarik untuk mengadakan program seperti ini. Tujuannya bagi mengenalkan dan menyadarkan kembali masyarakat kita tentang warisan pengobatan tradisionalnya yang telah diwariskan sejak sekian lama.

* Bersama kita memartabatkan warisan perubatan tradisional Melayu.

Kursus Herbal (part I) 
Kursus Herbal (part II dan III) 






















Hubungi Kami

"Apakah anda punya masalah kesehatan? seperti kanker, kista, asam urat, diabetes, darah tinggi atau masalah kesehatan yang lain? Sementara anda juga sudah puas berobat ke Dokter/Rumah Sakit?"

"Di sini kami ingin membantu anda. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, ramai yang telah berhasil sembuh.. Bagaimana pula dengan anda?

Untuk pertanyaan atau konsultasi kesihatan,
hubungi pakar kami:

Dr. Nurmawati bt. Syakroni Apt. Ph.D
Pharmacist (UGM, Yogyakarta)
Microbiologist (UKM)
Moleculer Biologist (UPM)
+6019-3917945 (call/sms/whatsapp)

Atau hubungi wakil kami di Riau, Indonesia:

AS'AD TAMBUSAI
0813-72175729 (call/sms/whatsapp)
E-mail: annabaatriau@gmail.com

Atau buat temujanji
dan datang ke alamat kami:

RUMAH SEHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI Apt. Ph.D)

Jln. Garuda Sakti Km. 7.5
Masuk Jln. Kijang Putih. Gg. Herbal
Desa Karya Indah. Kec Tapung
Kab. Kampar. 28464 Riau
Indonesia

Lihat google map:
https://goo.gl/maps/Rbzs39TPzau

WAKTU OPERASI:
Setiap Hari: Senin - Ahad
8.00 - 18.00 (WIB)

Video Herbal An-Nabaat