Mengalami masalah obesiti , Syarifah Atiqah Syed Ali sudah lali dengan ejekan mengenai saiz badannya. Namun dia sendiri sedar, berat badannya harus dikurangkan jka tidak mahu menghadapi masalah kesihatan kelak.

Berat badan yang mencecah 88 kilogram mesti dikurangkan kerana ia tidak sesuai dengan usianya yang baru menginjak 25 tahun.

"Dulu saya banyak makan nasi. Malah saya wajib makan nasi berlauk untuk sarapan pagi. Tambahan pula makanan boleh dibeli di mana-mana sepanjang hari dan harga pun murah.

"Disebabkan tidak mengawal pemakanan, berat badan saya semakin meningkat. Akhirnya, saya cepat penat dan tidak dapat memakai baju yang saya idamkan ," ujarnya ketika ditemui di majlis meraikan pelanggan anjuran An Nabaat baru-baru ini.

Atas nasihat keluarga, Atiqah mengurangkan pengambilan karbohidrat serta lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bagi mengimbangi jadual dietnya, Atiqah turut mengambil suplemen An Nabaat, herba susut-perut.

Herba ini membantu sistem dalam tubuh Atiqah untuk melawas dengan baik.

Diet selepas lebih setahun mengamalkan diet, kini hidup Atiqah mula berubah sepenuhnya.

Dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram dan ini meningkatkan keyakinan dirinya.

"Kini berat badan saya 70 kilogram. Apa yang melucukan, tabiat lama sewaktu gemuk masih terbawa-bawa kerana saya terlupa bahawa tubuh saya sudah tidak seperti dulu.

"Bayangkan dahulu hendak duduk menyilang kaki cukup susah malah jika mengikat tali kasut, saya perlu meletakkan kaki atas tempat yang lebih tinggi. Waktu itu saya tidak mampu menundukkan badan atau berlutut kerana terlalu gemuk. Lebih menyedihkan dulu, saya tidak dapat membeli baju yang saya suka,'' ujarnya.

Dia kini perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan saiz tubuh barunya malah lebih gembira kerana semakin senang memilih baju dan memakainya tanpa rasa malu. Tidak seperti masa dia perlu menyarung baju atau seluar bersaiz XXL sebelum ini.

"Saya masih boleh minuman kegemaran dengan syarat mengurangkan gula dan mencuba pelbagai jenis sup," katanya sambil tersenyum.

GembiraSeronok dengan perkembangan dirinya, Atiqah sedia berkongsi cara dia mengurangkan berat badan atau lebih tepat, mengatasi masalah obesiti.

Pertamanya, tekan Atiqah adalah kesungguhan kerana ia menuntut pengorbanan yang tinggi, perlu berusaha bukan sekadar memasang angan-angan.

"Sebenarnya, faktor utama yang mampu menyumbang ke arah penurunan berat badan adalah kombinasi amalan pemakanan dan cara hidup sihat yang perlu diseimbangkan dengan aktiviti kecerdasan.

"Jangan memilih jalan singkat seperti pengambilan pil kurus atau pembedahan sedut lemak yang memang ketara hasilnya dalam jangka pendek kerana ia terbukti bukan cara selamat untuk kurus .

"Sebaliknya, berusahalah untuk kurus dengan nasihat pakar atau hospital selain mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat dan bersenam. Itu cara paling ideal yang tidak boleh dinafikan," tambahnya.

Bagi Atiqah, paling tidak seseorang itu perlu bersenam setiap hari walaupun ia hanya satu pergerakan ringkas kerana dengan cara itu, mereka dapat mendidik diri menjadi individu yang cergas.

Pengalaman lalu banyak memberi pengajaran buatnya agar mengawal pemakanan dan memperbanyakkan pergerakan fizikal.

Atiqah bersyukur kerana kesedaran awal membolehkannya mengatasi obesiti yang menjadi punca pelbagai penyakit lain.

Sumber: Utusan.com.my

Artikel ini telah disiarkan di Akhbar Mingguan Malaysia, pada Ahad 6/1/2013 

Hubungi Kami

"Apakah anda punya masalah kesehatan? seperti kanker, kista, asam urat, diabetes, darah tinggi atau masalah kesehatan yang lain? Sementara anda juga sudah puas berobat ke Dokter/Rumah Sakit?"

"Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, ramai yang telah berhasil sembuh.. Bagaimana pula dengan anda?

Untuk pertanyaan atau konsultasi kesehatan, hubungi wakil kami di Riau, Indonesia:

AS'AD TAMBUSAI
0813-72175729 (call/sms/whatsapp)
E-mail: annabaatriau@hotmail.com

Atau buat temujanji
dan datang ke alamat kami:

PENGOBATAN HOLISTIK HERBAL
AN-NABAAT (DR. NURMAWATI)

Jln. Garuda Sakti Km. 7
Masuk Jln. Kijang Putih. Gg. Herbal
Desa Karya Indah. Kec Tapung
Kab. Kampar. 28464 Riau

Lihat google map:
https://goo.gl/maps/ziRqfo6cVQA2

WAKTU OPERASI:
Setiap Hari: Senin - Minggu
8.00 - 18.00 (WIB)

Video Herbal An-Nabaat