Nama Popular: Hempedu bumi
Nama Lain: Sambiloto (Indonesia) Hempedu tanah, Pokok cerita, Akar cerita (Malaysia) King of bitter, Creat, Green chireta (Inggeris), Kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China)
Nama Saintifik: Andrographis paniculata
Family: Acanthanceae
Hempedu bumi lebih berupa tumbuhan semak dengan ketinggian di antara 50 sentimeter dan 90 sentimeter. Batangnya mempunyai banyak cabang berbentuk seakan empat segi. Daunnya tunggal bertangkai pendek dan tumbuh pada posisi berhadapan secara bersilang. Pangkal daun dan hujungnya meruncing, manakala tepinya adalah rata. Bahagian atas daun berwarna hijau tua dan bahagian bawah pula hijau muda.

Panjang daun tumbuhan ini ialah di antara dua sentimeter hingga delapan sentimeter, sementara lebarnya di antara satu sentimeter hingga tiga sentimeter. Ia juga mempunyai bunga berbentuk malai yang keluar dari hujung batang atau ketiak daun. Bunga kecil ini berwarna putih dengan sedikit ungu.

Hempedu bumi turut mengeluarkan buah dengan ukuran panjang sekitar 1.5 sentimeter dan lebar 0.5 sentimeter. Pangkal dah hujung buah berbentuk tajam. Apabila masak, buah ini akan pecah membujur menjadi empat kepingan. Biji di dalamnya berwarna coklat muda, agak nipis dan kecil.

Habitat dan pembiakan
Biasanya hempedu bumi tumbuh liar di tempat terbuka, seperti kebun, tepi sungai, tanah kosong yang agak lembab atau pekarangan rumah. Ia tumbuh di dataran rendah di bawah 700 meter dari permukaan laut. Tumbuhan herbal ini membiak melalui biji benih atau keratan batang.

Bahan Aktif
Daun dan cabang hempedu bumi mengandungi lakton terdiri dari deoksi-andrografolit, andrografolit (zat pahit), neu-andrografolit,14-deoksi-11,12-didehidro-andrografolit dan homo-andrografolit.

Tumbuhan ini juga mengandungi flavonoid, alkana, keton, aldehid, mineral (kalium, kalsium, natrium), asam kersik dan damar. Flavonoid banyak pada akar, iaitu jenis polime-toksiflavon, andrografin, panikulin, mono-O-metilwithin dan apigenit-7 serta 4-dimetileter. Bahan aktif andrografolit terbukti berkhasiat bagi melindungi sel hati.

Khasiat
Tumbuhan herbal yang terkenal dengan rasa pahit ini juga mengandungi unsur anti bakteria dan anti radang. Dengan kandungan bahan aktif tertentu yang ditemukan di dalamnya. Ia dipercayai mampu meredakan demam, menghilangkan panas dalam badan dan menjadi penawar racun.

Melalui kaedah ramuan yang tepat, tumbuhan ini turut dipercayai mampu merawat hepatitis, jangkitan saluran hempedu, tipoid dan selesema, radang tonsil, radang paru-paru, radang saluran nafas radang buah pinggang akut, radang telinga tengah dan radang usus.

Ia juga dipercayai mampu merawat sakit gigi, malaria, kencing bernanah, kencing manis, batuk, asma, darah tinggi dan kusta. Malah dengan kandungan bahan aktif tertentu di dalamnya, hempedu bumi dipercayai dapat merawat keracunan akibat cendawan, ubi kayu dan makanan laut. Tumbuhan ini juga dipercayai berkeupayaan merawat kanser dan penyakit yang ada kaitan dengan kehamilan dan tumor.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak.

Cara Menggunakan
Hempedu bumi boleh dituai ketika ia berbunga. Bersihkan, kemudian potong kecil kemudian keringkan.

Kegunaan dalaman:
Rebus di antara 10 gram dan 20 gram hempedu bumi kering, atau giling sehingga halus menjadi tepung kemudian dicampur dengan air hangat. Minumlah seduhan herbal ini di antara tiga hingga empat kali sehari.

Bagaimanapun, lebih baik jika mendapatkan nasehat pakar perubatan herbal atau dokter terlebih dahulu bagi mengetahui tahap kesehatan anda, jika mahu menggunakan herba ini untuk kegunaan dalaman.

Kegunaan luaran:
Rebus hempedu bumi yang masih segar kemudian gunakan air rebusan itu, atau giling herbal ini sehingga halus kemudian tempelkan pada anggota badan yang sakit seperti digigit binatang berbisa, gatal-gatal atau bisul.

Komersial
Dengan pelbagai khasiat yang ada pada tumbuhan berubat ini, usaha penelitian dan pengembangan (R&D) serta pengkomersilannya patut ditingkatkan lagi.
 
Dari berbagai sumber

Hubungi Kami

"Apakah anda punya masalah kesehatan? seperti kanker, kista, asam urat, diabetes, darah tinggi atau masalah kesehatan yang lain? Sementara anda juga sudah puas berobat ke Dokter/Rumah Sakit?"

"Di sini kami ingin membantu anda. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, ramai yang telah berhasil sembuh.. Bagaimana pula dengan anda?

Untuk pertanyaan atau konsultasi kesihatan,
hubungi pakar kami:

Dr. Nurmawati bt. Syakroni Apt. Ph.D
Pharmacist (UGM, Yogyakarta)
Microbiologist (UKM)
Moleculer Biologist (UPM)
+6019-3917945 (call/sms/whatsapp)

Atau hubungi wakil kami di Riau, Indonesia:

AS'AD TAMBUSAI
0813-72175729 (call/sms/whatsapp)
E-mail: annabaatriau@gmail.com

Atau buat temujanji
dan datang ke alamat kami:

RUMAH SEHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI Apt. Ph.D)

Jln. Garuda Sakti Km. 7.5
Masuk Jln. Kijang Putih. Gg. Herbal
Desa Karya Indah. Kec Tapung
Kab. Kampar. 28464 Riau
Indonesia

Lihat google map:
https://goo.gl/maps/Rbzs39TPzau

WAKTU OPERASI:
Setiap Hari: Senin - Ahad
8.00 - 18.00 (WIB)

Video Herbal An-Nabaat