Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamu'alaikum wr. wb.

Anak saya Balqis (18 tahun) mengalami penyakit kulit yang teruk sejak minggu-minggu terakhir beliau di  PLKN (semacam program wajib militer di Malaysia).  Ini mungkin disebabkan oleh stress, makanan, lingkungan sekitar dan cuaca sepanjang menjalani latihan di sana. 

Setelah pulang dari PLKN pada 14 Feb 2015 lalu, kami membawanya ke beberapa buah klinik biasa, tapi malangnya dokter sendiri tidak tahu jenis penyakit kulit tersebut, hinggalah kami membawanya ke sebuah klinik spesialis kulit di Rawang.

Klinik spesialis kulit tersebut kemudiannya menyatakan bahwa Balqis mengidap penyakit psoriasis yang sudah kritikal serta sukar untuk diobati. Klinik tersebut menyarankan agar Balqis dirujuk ke Bahagian Dermatology Rumah Sakit Selayang. 

Di Rumah Sakit Selayang, dokter yang memeriksa Balqis memberikan obat tahan gatal (mengantuk), sampo dan berbagai krim yang diyakini mengandung steroid untuk dioleskan di seluruh badan. Krim untuk kepala lain, krim untuk tangan lain, krim untuk badan krim lain dan begitulah seterusnya.

Setelah seminggu menggunakannya kami mendapati obat-obat tersebut tidak ada hasilnya, malahan jangkitan terus merebak ke seluruh badan dan kepala. Kulitnya kelihatan bersisik, di atas kepala pula berkeping-keping tebal. Keadaannya amat menyedihkan kami seisi keluarga. 

Oleh karena bimbang terhadap efek sampingan yang mungkin akan dihadapi oleh Balqis efek dari steroid yang digunakan, kami mencari alternatif lain dengan melayari internet dan membaca pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh pesakit-pesakit yang senasib dengannya. Rata-rata menyatakan tidak ada obat dan ini tambah merunsingkan kami. 

Akhirnya saya terjumpa satu artikel potongan surat kabar (arkib: 05/08/2012) yang menceritakan pengalaman pesakit yang sudah 27 tahun menderita psoriasis dan kini telah pulih. Dari potongan surat kabar itulah saya mendapatkan nombor telefon dan menghubungi En. Dali untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut sehingga membawa kami mengenali Dr Nurmawati dan An-Nabaat.

Tanpa berlengah kami ke rumah/ kliniknya di Bangi.  Dr Nurmawati bekalkan Balqis dengan 4 jenis obat iaitu:

1.  Minyak kelapa dara (minum)
2.  Minyak herbal (sapu)
3.  Kapsul herbal rawat kuman/virus (makan)
4.  Kapsul herbal rawat alahan (makan)

Kami minta Balqis berhenti menggunakan obat-obatan dari rumah sakit dan mulai mengunakan produk Herbal An-Nabaat.  Pada peringkat permulaan perngobatan, kami mendapati efek dari tindakbalas obat antaranya:

1.  Kulit cepat kering dan mengelupas.
2.  Tidak tahan sejuk walaupun cuaca panas (akibat pengelupasan).
3.  Terbungkuk-bungkuk dan tidak boleh berdiri lama.
4.  Sakit di sendi-sendi tulang tangan dan kaki.
5.  Bengkak-bengkak di betis, lengan dan kaki.
6.  Kulit menjadi tipis dan tidak boleh disentuh terutama dipelipatan lengan.
7.  Pijar di telapak tangan jika terpegang makanan pedas.
8.  Kulit menjadi kemerah-merahan
9.  ‘Bertukar kulit’

Dari waktu ke waktu kami sering berkonsultasi dengan Dr Nurmawati untuk mendapat pandangan dan nasehat. Kami diminta agar tidak gusar jika ada tindakbalas karena ini sebenarnya menunjukkan kesan yang baik dan banyaklah bergantung kepada Allah Taala.

Alhamdulillah, kami amat bersyukur ke hadrat ilahi karena setelah hampir 3 bulan penyakit Balqis akhirnya kembali pulih sepenuhnya. Namun begitu kami masih mahu Balqis meneruskan memakan obat-obat An-Nabaat ini. Balqis sudah kembali ceria dan kini sedang menyambung pelajarannya ditingkat Matrikulasi.

Kami bersedia untuk berbagi pengalaman ini pada sesiapa saja yang mengalami masalah yang sama.  Akhir kata terima kasih dan syukur kepada Allah yang menemukan kami dengan Dr Nurmawati, Herbal An-Nabaat dan En. Dali yang banyak membantu kami.
 
Herbal An-Nabaat, Selamat Maju Jaya.

ABDULLAH ABDUL JALIL
RAWANG


Assalamu'alaikum wr. wb. dan Salam Sejahtera.

Kasus Demam Berdarah (DBD) di mana-mana masih dan semakin meningkat. Di Malaysia sendiri, terutamanya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sangat memprihatinkan kami, mungkin ramai dari kalangan kita yang sakit, namun tak tahu ke mana hendak mendapatkan obatnya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, ramuan herbal hasil ramuan Dr. Nurmawati Syakroni ini sangat cepat mengobati Demam Berdarah. Pengobatan cukup dilakukan di rumah, tidak perlu berlama-lama di Rumah Sakit dan menderita untuk diambil darah berkali-kali setiap hari.

Bapak/Ibu, Tuan/Puan boleh sebar-sebarkan foto di bawah ini kepada yang mereka memerlukan, bahwa kita punya herbal Obat Demam Berdarah. Semoga foto berisi informasi tentang Obat Demam Berdarah yang sangat sederhana ini dapat membantu.





Download dan Sebarkan!!: Obat Demam Berdarah Dengue.pdf

Semoga Allah SWT membalas kebaikan Bapak/Ibu, Tuan/Puan dengan yang lebih baik, amin..




Demam Berdarah (DBD)
Demam berdarah (DBD) ini disebabkan oleh virus Dengue dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae. DBD ditularkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang terinfeksi virus Dengue. Episode Demam berdarah (DBD) ini tidak jarang yang berakhir dengan kematian. Sejak tahun 1968 hingga tahun 2009, World Health Organization (WHO) mencatat Indonesia sebagai negara dengan kasus DBD tertinggi di Asia Tenggara.

Peningkatan Simptom Penyakit
“Kalau dulu, pasien hanya mengalami pendarahan dan bintik-bintik pada badan, tetapi kini penyakit tersebut mulai menyerang organ dalam seperti hati dan otak. Dari jumlah dan manifestasi kasus, saya boleh katakan kasus Demam berdarah kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah.”

Menteri Kesehatan Malaysia Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Astro Awani | 25 Februari 2015

Vaksin Demam Berdarah??
Sayangnya, sejauh ini di dunia medis modern memang tidak ada vaksin dan perawatan khusus untuk mengobati demam berdarah. Pengobatan yang diberikan hanya bertujuan untuk mengontrol panas suhu tubuh dan mencegah perdarahan dari terjadi. Selain itu yang ada hanyalah langkah-langkah pencegahan dengan gotong-royong bersama menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes, disamping memberikan penerangan kepada masyarakat agar terhindar dari gigitan nyamuk aedes.

Herbal An-Nabaat Ada Obat Demam Berdarah
Insyaallah, secara tradisionalnya kami di Herbal An-Nabaat ada penawar penyakit ini, dengan herbal ramuan Dr. Nurmawati Syakroni sendiri, 100% bahan herbal asli dari alam. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT telah ramai pesakit Demam berdarah yang sembuh dan tertolong. Ramuan ini sangat cepat mengobati demam berdarah. Perawatan cukup dilakukan di rumah, tidak perlu berlama-lama di Rumah Sakit dan menderita untuk diambil darah berkali-kali setiap hari.

Lekas sebelum terlambat!!

Hubung wakil kami di Riau:

RUMAH SEHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI Apt. Ph.D)
Jln. Garuda Sakti Km. 7.5
Masuk Jln. Kijang Putih. Gg. Herbal
Desa Karya Indah. Kec Tapung Kab.
Kampar. 28464 Riau Indonesia

As'ad Tambusai
Tel: 0813-72175729 
(call/sms/whatsapp)
E-mail: annabaatriau@hotmail.com

Download dan Bagikan!!: Kita Ada Obat Demam Berdarah



Seorang warga emas berusia 65 tahun telah dirujuk ke sebuah hospital kerajaan di Ampang, Selangor kerana tapak kakinya luka terkena kayu menyebabkan dua jarinya lebam.

Wanita berkenaan menghidap diabetes sejak enam tahun lalu dan mendapatkan rawatan di klinik swasta berhampiran tempat tinggalnya.

Tiba di bahagian kecemasan hospital berkenaan, wanita berkenaan di x-ray dan disaran untuk diamputasi jari kaki kedua dan ketiga serta-merta.

Dua hari selepas amputasi, dia dibenarkan keluar dari wad walaupun masih lemah dan muntah mungkin akibat tindak balas ubat.

Empat hari selepas itu, warga emas itu demam dan muntah mungkin akibat jangkitan kuman, dia dimasukkan semula ke wad.

Pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi membuang jangkitan pada luka berkenaan dan selepas itu doktor menyarankan dilkukan amputasi bawah lutut walaupun kakinya masih elok.

Tidak setuju dengan saranan doktor, wanita itu minta dikeluarkan dari wad hospital bagi merawat lukanya sendiri.

Dalam masa empat bulan, lukanya semakin sembuh, malang kakinya bisul menyebabkan bengkak dan kali ini dibawa ke klinik swasta yang mempunyai pakar vaskular.

Selepas diperiksa, pakar vaskular mendapati sistem peredaran darah wanita ini tidak menghadapi sebarang masalah dan tidak perlu dilakukan amputasi bawah lutut seperti disaran dan hanya perlu dilakukan pembedahan kecil bagi bisul untuk mengelakkan jangkitan kuman merebak.

Pakar vaskular itu merujuk kes itu ke hospital kerajaan tempat wanita berkenaan diamputasi jarinya, dengan surat rujukan supaya hanya sebahagian kecil kaki dibedah. Bagaimanapun saranannya tidak diterima dan pakar ortopedik tetap berkeras dengan amputasi bawah lutut.

Tidak setuju dengan saranan pakar ortopedik, warga emas berkenaan meminta untuk keluar dari hospital.

Menurut pakar runding dan bedah vaskular, Hospital Pakar Damansara, Dr. Ho Teik Kok, komplikasi kaki diabetes amat berkaitan dengan bidang vaskular.

Bidang vaskular hampir sama dengan kardiovaskular cuma bezanya kardiovaskular berkaitan dengan jantung manakala vaskular berkaitan dengan arteri dan vena dalam sistem pembuluh darah kecuali jantung dan otak.

"Sistem kardiovaskular diambil daripada perkataan kardio iaitu jantung dan vaskular pula bermaksud sistem atau rangkaian saluran darah.

"Penyakit sistem berkenaan dinamakan penyakit kardiovaskular," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Arterosklerosis adalah punca paling biasa yang menyebabkan arteri atau salur darah mengeras dan sempit akibat pembentukan plak.

Ini menyebabkan saluran darah tersumbat dan darah gagal sampai ke organ-organ yang memerlukan terutama kaki yang jauh daripada jantung dan mempunyai salur darah halus di hujung jari.

"Ini biasanya berlaku kepada pesakit diabetes mellitus, darah tinggi, kolesterol dan penghisap rokok tegar," katanya.

Arterosklerosis boleh berlaku dalam arteri di jantung (koronari), otak (karotid), abdomen atau perut (aorta), kaki dan arteri di bahagian lain badan.

AAA biasanya disebabkan oleh genetik, kolesterol tinggi, darah tinggi, diabetes, merokok atau tisu kognitif yang lemah sering berlaku kepada lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.

Pembedahan biasanya akan dilakukan jika aorta membesar melebihi 5.5 sentimeter. Biasanya pembedahan terbuka dari dada ke perut dan mengambil masa untuk sembuh.

"Tetapi kini hanya pembedahan kecil menggunakan X-ray bagi memasukkan graf ke tempatnya," katanya.

Bagaimanapun bukan semua pesakit sesuai menjalani EVAR dan mereka perlu mendapat nasihat doktor pakar.

Masalah tangan, kaki atau ketiak berpeluh berlebihan juga boleh diatasi oleh pakar vaskular.

"Suntikan botoks diberikan pada tapak tangan atau kaki yang berpeluh.

"Bagi ketiak pula, pembedahan kecil dilakukan bagi mengeluarkan kelenjar peluh.

"Mereka juga boleh menggunakan mesin iontophoresis sebanyak tiga atau empat kali rawatan sehingga peluh kering," katanya.

Rawatan Mini Strok
Selain itu pakar vaskular juga boleh merawat mini strok daripada menjadi strok.

"Biasanya sebelum terjadi strok, pesakit akan mendapat amaran awal seperti sebelah badan lemah atau muka herot.

"Tetapi keadaan itu boleh pulih dalam masa beberapa jam. Ini dinamakan mini strok," kata Dr. Ho.

Keadaan ini penting sebagai amaran awal sebelum pesakit mendapat strok penuh yang boleh diatasi dengan rawatan awal.

"Bahagian leher pesakit akan diimbas bagi melihat arteri utama yang menyalurkan darah ke otak," katanya

Arteri sempit yang disebabkan oleh timbunan plak kolestrol akan dibedah bagi mengurangkan pesakit mendapat risiko strok kekal.

Dr. Ho berkata, pakar vaskular juga mengatasi masalah anurisme abdominal aortic (AAA) di mana saluran darah paling besar (aorta) di perut mengembang.

"Jika tidak dirawat, aorta yang mengembang boleh pecah dan menyebabkan kematian.

"Biasanya pesakit akan mengadu sakit perut dan sakit belakang."

Peripheral Arterial Disease
Kaki diabetes biasanya dikaitkan dengan Peripheral Arterial Disease di mana aliran darah ke kaki tersumbat kerana plak atau timbunan arterisklerosis.

Biasanya pesakit menderita akibat kesakitan di otot kaki semasa berjalan dan lega selepas berehat.

Keadaan bertambah teruk apabila kaki terluka dan sukar untuk sembuh disebabkan darah tidak sampai ke kawasan yang luka dan kadang kala menyebabkan gangren.

Bagaimanapun jelas Dr. Ho, keadaan kaki diabetes boleh diperbaiki jika mendapat rawatan awal dan tidak memerlukan amputasi.

"Pesakit dinasihatkan memeriksa sistem peredaran darah di kaki dengan menjalani CT Angiogram.

"Jika terdapat masalah dalam sistem peredaran darah, pesakit boleh rujuk kepada pakar vaskular untuk rawatan angiogplasti dan bypass pada urat kaki sama seperti di jantung," katanya.

Apabila sistem peredaran darah telah diperbetulkan, luka pada kaki pesakit diabetes akan cepat sembuh.

"Jadi amputasi adalah jalan paling akhir bagi pesakit diabetes yang mempunyai masalah berkaitan kaki," katanya.

Selain kaki diabetes, Varicose Veins atau vena verikos iaitu masalah pembuluh darah yang bengkak, berpintal, menyakitkan, pengaliran darah yang kurang normal dan timbul di permukaan kulit boleh diatasi oleh pakar vaskular.

Dr. Ho berkata, walaupun vena verikos tidak begitu berbahaya tetapi ia berisiko menyebabkan pendarahan jika terluka atau pecah.

"Ini disebabkan oleh injap yang rosak dan kawasan di betis dan peha akan berubah warna biru seperti lebam," katanya.

Biasanya vena verikos akan menyebabkan keadaan tidak selesa, gatal, kulit kering, ulcer atau luka.

"Keadaan ini boleh dirawat dengan radiofrekuensi atau laser dalam masa yang singkat dan pesakit boleh balik ke rumah pada hari yang sama," katanya.


Dr. Ho Teik Kok



Assalamu'alaikum,

Saya merupakan salah seorang penderita kista yang mengamalkan perubatan an-nabaat. Saya hanya mendapat tahu terdapat kista didalam perut setelah mengalami sakit-sakit di bahagian perut. Lalu saya membuat pemeriksaan di klinik sekitar Putrajaya dan dokter menyarankan supaya saya merujuk ke rumah sakit untuk dibedah.

Saya menceritakan masalah ini kepada seorang kawan sepejabat. Beliau menyarankan saya untuk cuba mengamalkan perubataan An-Nabaat kerana menurutnya, kakaknya yang pernah mengalami Breast Cancer, telah sembuh sepenuhnya setelah mengamalkan perubatan tersebut. Saya terus menghubungi Dr. Nurmawati untuk berjumpa dengan beliau mengenai masalah yang saya hadapi dan telah diberi dua set obat kista iaitu, Herba Rawat Kista 1, Herba Rawat Kista 2 dan Minyak Kelapa Dara (VCO).

Setelah cuba menghabiskan satu set ubat tersebut, saya kembali ke klinik tersebut dan membuat pemeriksaan. Doktor telah mendapati tiada lagi cyst yang terdapat di dalam perut saya. Allhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah sembuh dan tidak lagi risau untuk menghadapi pembedahan.

Sesungguhnya, perubatan Islam adalah salah satu inisiatif yang paling berkesan untuk menyembuhkan pesakit dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang diamalkan dan sesungguhnya segalanya adalah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Terima kasih An-Nabaat.
Yang Benar,

Syaza Syuhada bt. Zualkpli
miz.syaza@gmail.com
Putrajaya.

Hubungi Kami

"Apakah anda punya masalah kesehatan? seperti kanker, kista, asam urat, diabetes, darah tinggi atau masalah kesehatan yang lain? Sementara anda juga sudah puas berobat ke Dokter/Rumah Sakit?"

"Di sini kami ingin membantu anda. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, ramai yang telah berhasil sembuh.. Bagaimana pula dengan anda?

Untuk pertanyaan atau konsultasi kesihatan,
hubungi pakar kami:

Dr. Nurmawati bt. Syakroni Apt. Ph.D
Pharmacist (UGM, Yogyakarta)
Microbiologist (UKM)
Moleculer Biologist (UPM)
+6019-3917945 (call/sms/whatsapp)

Atau hubungi wakil kami di Riau, Indonesia:

AS'AD TAMBUSAI
0813-72175729 (call/sms/whatsapp)
E-mail: annabaatriau@gmail.com

Atau buat temujanji
dan datang ke alamat kami:

RUMAH SEHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI Apt. Ph.D)

Jln. Garuda Sakti Km. 7.5
Masuk Jln. Kijang Putih. Gg. Herbal
Desa Karya Indah. Kec Tapung
Kab. Kampar. 28464 Riau
Indonesia

Lihat google map:
https://goo.gl/maps/Rbzs39TPzau

WAKTU OPERASI:
Setiap Hari: Senin - Ahad
8.00 - 18.00 (WIB)

Video Herbal An-Nabaat